Sunday, July 25, 2010

Bahan-bahan:250 gm ayam - potong kecil-kecil1 sudu makan kicap pekat1 sudu makan kicap cair½ sudu makan minyak bijan4 cm halia – hiris halus1 sudu kecil serbuk lada hitam1 sudu makan minyak masak.1 sudu makan sos tiram1 sudu teh gulagaram secukup rasa1 tangkai cili merah – hiris halusSedikit daun bawang - hirisCara penyediaan:Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan

Monday, July 19, 2010

chinese general tsos chicken

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt

This wonderful recipe i got it at here

Ingredients for sauce:
1 tsp sesame oil
4 tsp cornflour
4 tsp sugar
4 tsp vinegar
6 tbs soy sauce
1/2 cup water

Other ingredients:
5 chicken wing
cornflour
1 egg
2 large onion (chopped)
2 chilli pepper
1 tbs ginger paste (tak semestinya ginger paste kan:)
1 cup cubed carrot
oil for frying and cooking


1. Salut chicken wing dengan cornflour and then celup dalam telur (yang telah dipukul) dan goreng hingga dapat brown colour or sampai masak

2. Sambil-sambil goreng tu boleh buat sauce. Campur all the ingredients and then masak guna api sederhana sampai agak-agak pekat. Put it aside.

3. Semua ayam sudah digoreng kemudian panaskan lebih kurang 5 sudu makan minyak masak. Masukkan chili pepper, gaul jap and then masukkan chopped large onion dan juga cubed carrot. Biar sampai bawang tu layu.

4. Masukkan ginger paste tu. Kacau sampai keluar bau yang wangi.

5. Masukkan ayam yang digoreng dan juga sauce tadi. Mix well and boleh makan masa tengah panas dengan nasi putih. (nyum nyum)

Monday, May 3, 2010

Kobis masak lemak

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Bahan-bahan:

Kobis
Ikan bilis
bawang besar
santan

1)Dalam periuk, masukkan ikan bilis, bawang besar dan santan. Masak atas api panas
2)Bila dah menggelegak, masukkan kobis dan air (suka hati nak banyak mana)
3)masukkan garam secukup rasa. And is ready to be served.

extra info:
-untuk 5 orang makan, saya guna 100mL santan dalam tin. dan saya akan tambah about 200mL of air (sukat guna tin santan tadi).Ikut rasa, kalau nak tambah air lagi boleh juga.

Glossary:
kobis= cabbage

ayam taucu simple

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

aYAm masak taucu a.k.a soy beaned chicken =)

bahannya:

5 pieces of chicken
taucu a.k.a soy bean paste
1 ulas bawang besar
2 tbs halia
3 bawang putih
Cili besar hijau

1)Blend bawang besar, halia and bawang putih together. Tumis dalam minyak panas.
2)Masukkan taucu dan air. Mix well. Masukkan ayam. Gaul rata. Biarkan sampai ayam masak
3)Hiris cili besar hijau. Masukkan dalam masakan. Gaul rata dan hidang panas.

Extra info:
-Taucu itself is already masin. So for those yang tak suka masin guna sikit aja la.

Glossary:
taucu= soy bean paste
= the one yang saya guna adalah soy bean sauce.

Monday, April 12, 2010

Ayam merah halia

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt

Hari ni ingat nak masak asam laksa. I got no ikan kembung or any ikan that I can used with so I end up with ayam merah halia a.k.a gingered fried chicken.haha..that's the name, given by me..entah apa apa je.It is simple. Similar to ayam masak merah except that i also added ginger in the cooking.

ingredients (for 5 people)

6 kepak ayam
2 bawang besar(sebiji dipotong mayam)
4 ulas bawang putih
6 biji baby hot chilli
2 inci halia(dihiris halus)
1 biji tomato(dipotong dadu)
1/2 tbs gula
Garam secukup rasa/1 kiub ayam KNOWs

1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam dan goreng mereka di dalam minyak yang panas.
2. Blend satu ulas bawang besar, bawang putih and baby hot chilli. Tumis mereka ini.
3. Masukkan gula. Kacau
4. Masukkan halia , bawang besar yang dimayamkan, tomato dan garam atau kiub ayam. Kacau sampai diorang layu (layu?ada perkataan lagi bagus tak?)
5. Masukkan ayam goreng tadi. Kacau sebati. Hidang semasa masih panas.

note: I also added ginger paste into the cooking to add more ginger flavour to it. And kiub ayam is already masin so if u used that no need to add salt anymore (nak hypertension?)

Wednesday, September 16, 2009

Cream puff a.k.a pastri choux

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt.

I am so in love with cream puff. one day i did it and failed..hoho..i don't wanna give up and gave another try and failed again. i wanna continue doing it however looking at those puffs that were thrown into the rubbish, i became a bit sad..hurmm..such a waste. then i stop trying on making cream puff.

Untill one day, a friend of mine showed me a web site that got the recipe of making the cream puff and the recipe is so convincing that i think i might be able to make the puff and it also got a few pictures which might be helpful- as a guidance.

taken from: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1903516

ADUNAN PASTRI CHOUX

Sumber : Chef Noraini Sidek BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai. Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.

CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:
1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak. Terima kasih kepada Chef Noraini di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm.

Sunday, September 13, 2009

SWISS ROLL

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt

swiss roll?so interesting. these recepi i got it HERE. looks so interesting. I haven't tried one but insyaAllah I will. I've been trying cake, muffin and now roll cake.

Resepi Kek Gulung Batik

Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara2

- Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
ds3.jpg
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
ds6.jpg

- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

ds7.jpg
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

ds4.jpg
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang

dsc6.jpg
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.

-Guna loyang 36cm x 36cm.Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.

dsc8.jpg
- Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

ds0.jpg
- Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

dsc00661jq3.jpg

dsc00658rb8.jpg