Wednesday, September 16, 2009

Cream puff a.k.a pastri choux

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt.

I am so in love with cream puff. one day i did it and failed..hoho..i don't wanna give up and gave another try and failed again. i wanna continue doing it however looking at those puffs that were thrown into the rubbish, i became a bit sad..hurmm..such a waste. then i stop trying on making cream puff.

Untill one day, a friend of mine showed me a web site that got the recipe of making the cream puff and the recipe is so convincing that i think i might be able to make the puff and it also got a few pictures which might be helpful- as a guidance.

taken from: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1903516

ADUNAN PASTRI CHOUX

Sumber : Chef Noraini Sidek BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai. Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.

CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:
1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak. Terima kasih kepada Chef Noraini di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm.

No comments:

Post a Comment