Wednesday, September 16, 2009

Cream puff a.k.a pastri choux

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt.

I am so in love with cream puff. one day i did it and failed..hoho..i don't wanna give up and gave another try and failed again. i wanna continue doing it however looking at those puffs that were thrown into the rubbish, i became a bit sad..hurmm..such a waste. then i stop trying on making cream puff.

Untill one day, a friend of mine showed me a web site that got the recipe of making the cream puff and the recipe is so convincing that i think i might be able to make the puff and it also got a few pictures which might be helpful- as a guidance.

taken from: http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1903516

ADUNAN PASTRI CHOUX

Sumber : Chef Noraini Sidek BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor

CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri choux di atas dawai penderai. Pastri choux yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain. Sebagaimana biasa Rinn gemar menggunakan Cream Custard.

CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri choux yang telah dibelah tadi.

KESALAHAN DAN SEBAB-SEBAB PASTRI CHOUX TIDAK MENJADI DENGAN ELOK:
1. Adunan terlalu cair kerana adunan tepung tidak disejukkan terlebih dahulu sebelum memasukkan telur.
2. Pastri tidak naik sebab ketuhar sejuk, iaitu tidak dipanaskan terlebih dahulu. Mungkin juga masa membakar terlalu pendek.
3. Pastri mengecut selepas dimasak. Kemungkinan pastri tidak cukup masak. Terima kasih kepada Chef Noraini di atas tips-tips di atas ya . Dengan adunan ini memberikan kita sekitar 20 biji pastri choux berdiameter 5cm.

Sunday, September 13, 2009

SWISS ROLL

WITH THE NAME OF ALLAH THE MOST BENEFICENT THE MOST MERCIFUL

Assalamualaikum wbt

swiss roll?so interesting. these recepi i got it HERE. looks so interesting. I haven't tried one but insyaAllah I will. I've been trying cake, muffin and now roll cake.

Resepi Kek Gulung Batik

Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara2

- Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
ds3.jpg
- Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata.
ds6.jpg

- Asingkan sebahagian drpd adunan tadi (lebih kurang 1 1/4 cwn) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.

ds7.jpg
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.

ds4.jpg
- Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang

dsc6.jpg
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah.

-Guna loyang 36cm x 36cm.Bakar dlm oven selama 20minit dgn suhu 170darjah celcius.

dsc8.jpg
- Apabila kek sudah masak terbalikkan ke atas sekiping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata.

ds0.jpg
- Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

dsc00661jq3.jpg

dsc00658rb8.jpg

Wednesday, September 2, 2009

JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA

The information below i got it from http://shw.izanman.fotopages.com/15988654.html
just copy paste je.hopefully it would be a help for those who in need.

TEPUNG N KEGUNAANNYA
TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.

TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

TEPUNG SUPERFINE

Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.TEPUNG ROS
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat daripada tepung gandum.

TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

TEPUNG PULUT / GLUTINOUS RICE FLOUR
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.

Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

TEPUNG OPTIMA
Tepung optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya dan sesuai dibuat kek keju. Bagaimanapun penggunaan tepung serba guna, tepung jagung atau tepung kastad boleh digunakan sebagai pilihan bergantung pada resepi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG JAGUNG / CORNFLOUR
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

Monday, August 24, 2009

Puteri mandi

for the second Ramadhan 1430 Hijriyah, i made this when we, the Malays at Tassie were having they iftar at Battery Point's house.

Ingredients:
for the doh
tepung pulut
garam
air
pewarna(can be red or green. Or blue if you love to.hehe)

for the 'kuah'
kelapa parut
Gula Melaka
Gula Kasar
Air
Daun Pandan

1. for the doh, put in the tepung pulut as much as you want and add in a pinch of salt. just secukup rasa. and then add in the water. put in drops of pewarna. letak air sikit sikit sampai doh tu anda dapat rasa boleh nak buat bentuk bulat bulat kecil

2. doh dah siap, boleh la buat bentuk macam red blood cell. amik secubit of the doh, pastu buat bentuk macm bola (bulat kecil) and then you tekan dengan you punya hujung jari so nant dapat la bentuk ala ala mangkuk sikit atau pun bentuk red blood cell. then, teruskan buat 'red blood cell'-shape ni banyak-banyak sampai doh tu habis.

3. boil the water dalam mana mana periuk pastu you masukkan 'red blood cell' tu dalam air yang tengah mendidih dan tunggu sampai red blood cell tu timbul dan boleh angkat dan letakkan dalam penapis. put aside

4. sekarang nak buat kuahnya. panaskan kuali. letak air 3 cawan, masukkan sekali kelapa parut, gula melaka dan gula pasir. kalau ada daun pandan masukkan sekali, lagi wangi dan sedap. larutkan gula melaka dan gula pasir. teruskan kacau. kalau tak cukup air boleh masukkan lagi air. tak perlu terlalu banyak. cukup lah sekadar nak basahkan kelapa parut tu.

5. gula dah cair, sila masukkan 'red blood cell' tadi ke dalam kuali dan terus gaul sehingga kuahnya kering. So basically, takde kuah. siap.boleh dihidang semasa panas lagi sedap.

ps:kuih puteri mandi banyak jenis. ader yang berkuah dan ader yang kering. boleh je google puteri mandi dan anda akan nampak puteri mandi kering dan puteri mandi berkuah. if i do have some times, i'll upload the pictures